tugas pengurus pemasaran

5 Tugas Pengurus Pemasaran (Teknikal + Objektif)

Pengurus pemasaran atau marketing manager adalah tulang belakang kepada kejayaan aktiviti pemasaran dengan objektif mengubah perspesi audiens terhadap brand dan mencapai jualan. Setakat artikel ini ditulis, belum pernah saya menjumpai orang yang mengatakan tugas pengurus pemasaran adalah satu tugas yang mudah.

“Majoriti pengurus pemasaran adalah orang yang mampu mengurus kerja harian orang kreatif seperti content writer, graphic designer, video editor dan social media represantative untuk mencapai objektif bisnes.”

Terdapat stigma bahawa tugas pengurus pemasaran adalah mudah, namun hakikatnya, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran, dari memastikan strategi pemasaran yang berkesan hingga menyesuaikan diri dengan perubahan trend.

pengurus pemasaran
Kredit : Freepik

Bagi pengurus pemasaran, ini bukan sekadar pekerjaan—ia adalah tanggungjawab besar yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat.

Cabaran & Masalah yang Dihadapi oleh Pengurus Pemasaran

Pengurus pemasaran di Malaysia sering kali berdepan dengan tekanan yang tinggi untuk memastikan kempen pemasaran berjaya dalam jangka masa yang singkat.

Mereka perlu memahami trend pasaran, menyelaraskan strategi dengan objektif syarikat, dan pada masa yang sama, menguruskan harapan pihak atasan yang kadang-kala sukar dipenuhi.

Pengurus pemasaran lazimnya tersepit seperti sandwich di antara menerima arahan pihak atasan yang tidak realistik dan memberi tugasan kepada tim bawahan.

Selain itu, perubahan teknologi yang pesat memaksa mereka untuk sentiasa up-to-date dengan teknik pemasaran terkini, termasuk pemasaran digital dan pengurusan media sosial.

“Marketing takes a day to learn. Unfortunately, it takes a lifetime to master.”Philip Kotler

Apa Itu Pengurus Pemasaran?

Pengurus pemasaran adalah individu yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan, dan mengawasi strategi pemasaran sesebuah syarikat. Peranan pengurus pemasaran termasuk :

  • Memahami pasaran
  • Menentukan posisi produk
  • Pastikan kempen marketing berjaya
  • Memantau kempen menerusi data analisis
  • Membantu tim bekerjasama dalam segenap aspek

Baca : 6 Ciri Ciri Komunikasi Berkesan Dalam Branding Dan Bisnes

Gaji Pengurus Pemasaran di Malaysia

Di Malaysia, gaji seorang pengurus pemasaran berbeza bergantung kepada industri dan pengalaman kerja. Secara purata, gaji pengurus pemasaran di Malaysia adalah di antara RM5,000 hingga RM15,000 sebulan.

Menurut portal Jobstreet, gaji seorang pengurus pemasaran di Malaysia setakat tahun 2024 adalah di antara RM6,250 hingga RM8,750.

gaji pengurus pemasaran
Kredit : Jobstreet

Gaji yang diterima mencerminkan peranan penting mereka dalam perancangan strategi pemasaran dan peningkatan jualan.

Cabaran Menjadi Pengurus Pemasaran

Tanggungjawab pengurus pemasaran tidak hanya terhad kepada pelaksanaan strategi, tetapi juga merangkumi penyelidikan pasaran, penetapan harga, dan pengurusan jenama.

Semua pengurus pemasaran bermula sebagai seorang intern dan eksekutif yang akhirnya dinaikkan pangkat. Pengurus pemasaran perlu faham spektrum bisnes dengan baik sebagai panduan untuk membuat keputusan kritikal dalam kempen pemasaran yang bisnes akan jalankan.

pekerja bekerja dari rumah
Kredit : Bernama

Cabaran terbesar pengurus pemasaran adalah memastikan bisnes kekal relevan dalam pasaran yang sukar difahami dan menguruskan jangkaan pihak atasan dan tim yang sebenarnya sangat sukar!

Tugas Pengurusan Pemasaran

Tugas utama pengurus pemasaran termasuklah perancangan strategi pemasaran, pengurusan kempen pemasaran, dan penilaian ROI pemasaran.

Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk pembangunan produk, pengurusan channel marketing dan promosi produk bagi memastikan peningkatan jualan yang konsisten.

“Kalau sales naik, tim marketing disayangi. Kalau sales turun, tim marketing dipersoal. Seolah-olah tim marketing berkuasa memaksa pasaran membeli produk secara konsisten.”Akif Ahmad (bukan nama sebenar)

Tips Menjadi Pengurus Pemasaran yang Baik

Untuk menjadi pengurus pemasaran yang berjaya, kemampuan untuk memimpin pasukan pemasaran dengan efektif adalah penting.

Baca : 6 Ciri Ciri Komunikasi Berkesan Dalam Branding Dan Bisnes

Ini termasuk penyesuaian strategi pemasaran mengikut perubahan pasaran, serta membina hubungan pelanggan yang kukuh. Kemahiran paling penting dalam menjadi pengurus pemasaran yang baik adalah : 

  • Kemahiran memahami audiens 
  • Kemahiran teknikal dalam digital marketing 
  • Kemahiran berkomunikasi dengan tim & pihak atasan
  • Kemahiran menilai prestasi menerusi data & analisis
  • Meningkatkan brand share dan brand ekuiti dalam pasaran 
khairul aming
Kredit : NST

“The best marketing doesn’t feel like marketing.” – Tom Fishburne

Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)

Dalam artikel ini, kita telah melihat secara mendalam tentang tugas pengurusan pemasaran yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus pemasaran.

Dari memahami peranan dan tanggungjawab, sehingga menangani cabaran harian, peranan ini memerlukan kombinasi kemahiran teknikal dan kepimpinan yang tinggi.

Untuk menjadi pengurus pemasaran yang berjaya, adalah penting untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran, memastikan strategi pemasaran relevan, dan membina hubungan yang baik dengan pasukan serta pelanggan.

Dengan mempraktikkan tips yang dikongsikan, anda boleh menguasai seni pengurusan pemasaran dan berjaya dalam segala tugasan pengurus pemasaran tanpa mengira jenis bisnes, niche dan industri.

Artikel Menarik