produk terlaris di pasaran

Step By Step Bina Produk Terlaris di Pasaran (LENGKAP)

Mencari produk terlaris di pasaran sebenarnya bukan kerja yang mudah dan memerlukan banyak usaha, masa dan modal sebelum anda berjaya menjumpai produk ‘jackpot’ untuk discale.

Dalam konteks bisnes, ramai solopreneur dan usahawan menghadapi pelbagai cabaran untuk mencipta produk yang boleh menjadi produk terlaris di pasaran.

Modal tak banyak, tiada tim yang mantap, kurang pengetahuan tentang software, produk tiada permintaan dan visi produk yang tak jelas antara punca ramai orang tidak jumpa produk sebenar yang laris di pasaran.

scaling up verne harnish
Kredit : Scaling Up

Dalam buku Scaling Up tulisan Verne Harish, beliau mengatakan bahawa sebuah bisnes haya boleh dikembangkan jika usahawan itu mempunyai 4 elemen ini :

  • Execution – Proses dalam perlaksanaan untuk mengembangkan bisnes
  • Strategy – Susunan taktik dan teknik bisnes berasaskan strategi yang betul
  • People – Orang yang tepat untuk menjalankan aktiviti bisnes itu dengan betul
  • Cash – Modal yang cukup untuk CAPEX dan OPEX bisnes untuk dikembangakn

“Goals without routines are wishes; routines without goals are aimless. The most successful business leaders have a clear vision and the disciplines (routines) to make it a reality.”Verne Harnish 

Walau bagaimanapun, dengan pendekatan yang betul dan strategi yang tepat, setiap masalah ini boleh diatasi.

Dalam artikel ini, anda akan mendapat panduan lengkap langkah demi langkah untuk membina produk yang bukan sahaja memenuhi permintaan pasaran tetapi juga menjadi produk terlaris di Malaysia.

Teruskan membaca untuk mendapatkan formula kejayaan dalam membina produk terlaris di pasaran yang berkesan.

“Product-market fit means being in a good market with a product that can satisfy that market.”Marc Andreessen

Step By Step Bina Produk Terlaris di Pasaran

1. Masalah Dalam Pasaran

Langkah pertama dalam mencipta produk terlaris adalah memahami masalah yang wujud dalam pasaran dan cukup kompleks untuk masyarakat membayar anda untuk selesaikan masalah mereka.

Apa yang sebenarnya dihadapi oleh pengguna? Kenapa produk sedia ada gagal memenuhi keperluan mereka?

produk terlaris di pasaran
Kredit : Seth Godin

Lakukan kajian pasaran yang mendalam adalah penting untuk mengenal pasti produk paling dicari dan permintaan tinggi dalam segmen pasaran yang disasarkan.

Anda perlu faham luar dalam, baik buruk, kiri kanan produk yang ada di pasaran.

Contoh : Bina software untuk lajukan proses closing di WhatsApp seperti apa yang dilakukan Yezza pada tahun 2020.

2. Masalah Yang Perlu Diselesaikan

Setelah mengenal pasti masalah dalam pasaran, langkah seterusnya adalah merangka produk yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah itu mestilah masalah sebenar yang dihadapi audiens dan bukan masalah yang anda andaikan dengan tim di pejabat anda. 

Inilah yang akan menjadi USP (Unique Selling Proposition) produk anda. Produk laris biasanya adalah produk yang berjaya menyelesaikan masalah pengguna dengan cara yang unik dan lebih baik daripada pesaing.

Contoh : Perodua merupakan brand automotif lokal dengan USP ; jimat minyak & mampu milik.

3. USP Produk

USP atau cadangan jualan unik adalah apa yang membezakan produk anda daripada pesaing. Ini adalah logik kenapa ramai pengguna memilih produk anda berbanding produk lain di pasaran.

Untuk membangunkan USP yang kuat, anda perlu memahami nilai jenama dan bagaimana produk anda memenuhi keperluan pasaran dengan cara yang tidak ditawarkan oleh pesaing sedia ada di pasaran. 

Baca : 9 Kepentingan Jenama Dalam Perniagaan (Edisi 2025)

Sebagai contoh, jika produk anda menawarkan kualiti premium dengan harga yang berpatutan, ini boleh menjadi USP yang menarik. Dalam era di mana produk berkualiti semakin mendapat perhatian, menonjolkan USP yang jelas adalah kunci kepada kejayaan.

Contoh : Safi adalah produk kecantikan dan kebersihan dengan USP halal, berkualiti dan mampu milik.

4. Mesej Utama Produk

Mesej utama produk adalah cara anda menyampaikan USP kepada audiens secara visual samada menerusi :

  • Poster
  • Video Iklan
  • Copywriting
  • Kempen fizikal

Ini harus dilakukan dengan komunikasi berkesan yang menonjolkan kelebihan produk anda dalam bahasa yang mudah difahami oleh pengguna.

pak mat western brand strategi
Kredit : Daily Niaga

Baca : 6 Ciri Ciri Komunikasi Berkesan Dalam Branding Dan Bisnes

Sabella dengan mesej “baju kurung tanpa gosok” adalah contoh brand lokal yang memberi mesej produk yang kuat dan mudah untuk difahami dari kanak-kanak sehingga orang dewasa. 

Penggunaan brand voice yang konsisten dan selari dengan brand positioning anda adalah penting untuk memastikan mesej tersebut sampai dengan jelas.

Dengan mesej yang jelas dan meyakinkan, anda boleh menarik perhatian pengguna yang mencari produk terhangat yang sesuai dengan nilai mereka.

5. Cara Pasaran Produk

Strategi marketing yang anda gunakan menentukan betapa cepat masa dan modal yang anda perlukan untuk mendapaat market share dalam pasaran.

Strategi marketing produk yang berkesan adalah kritikal untuk memastikan produk anda dikenali dan dibeli oleh pengguna.

Anda boleh gunakan semua saluran marketing seperti media sosial, paid ads, influencer marketing dan lain-lain yang digunakan brand-brand hari ini.

Ramai tak tahu yang strategi marketing terbaik adalah menjadikan pelanggan anda sebagai marketer anda. Buat mereka ceritakan tentang produk anda kepada 5,000 follower mereka di media sosial seperti Patagonia.

Ramai solopreneur dan usahawan tertipu dengan jumlah engagement pada posting dan kempen mereka. Sedangkan, metrik yang mereka perlu fokuskan sebenarnya adalah :

  • Persepsi audiens terhadap mereka.
  • Jualan yang mereka dapat dari setiap platform.

Jangan jadi solopreneur dan usahawan ‘bodoh sombong’ yang bangga buat Live di media sosial dan platform marketplace sehingga 4 jam sehari. Itu bukan tugas anda.

Tips tambahan : Guna strategi digital marketing mengikut jenis audiens yang anda inginkan. Orang lebih berusia buat carian di Google, orang lebih muda melihat trend persona di media sosial. 

6. Feedback Dari Pelanggan

Setelah produk dilancarkan, mendengar feedback dari pelanggan adalah langkah penting untuk memastikan produk terus relevan dan berjaya di pasaran.

Maklum balas ini boleh digunakan untuk menambah baik produk dan menyesuaikan strategi pemasaran mengikut keperluan semasa.

Produk yang berjaya adalah produk yang sentiasa berkembang dan memenuhi permintaan tinggi di pasaran.

Jangan sesekali membakul sampahkan segala feedback negatif yang anda terima.

Obses dengan kenapa audiens tak suka produk anda berbanding kenapa audiens suka produk anda.

Sebagai contoh, jika pelanggan memberi maklum balas bahawa produk anda terlalu mahal, anda boleh mempertimbangkan untuk menawarkan versi yang lebih mampu milik atau promosi khas untuk meningkatkan produk laris anda.

“Getting the right product-market fit is one of the most critical factors to the success of your product.”Reid Hoffman

Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)

Kesimpulannya, mencipta produk terlaris di pasaran bukanlah satu tugas yang mudah, tetapi dengan pendekatan yang tepat dan memahami ciri-ciri penting seperti yang dibincangkan dalam artikel ini, anda boleh meningkatkan peluang kejayaan produk anda.

produk terlaris di pasaran

Dari memahami masalah pasaran hingga membina USP produk, menyampaikan mesej utama yang berkesan, dan mendengar maklum balas pelanggan, setiap langkah ini memainkan peranan penting dalam kejayaan produk anda di pasaran Malaysia.

Produk terlaris di pasaran sebenarnya sedang menunggu anda buat aktiviti yang dikongsikan di atas sebelum anda berjaya menjumpai mereka. Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh mencipta produk yang bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran tetapi juga menjadi produk popular dan produk terbaik yang dicari-cari oleh pengguna.