Ini Alasan Kenapa Jangan Beli Follower di Instagram (Ulasan)
Sejak tahun 2014, saya melihat trend beli follower di Instagram sudah mula meningkat. Seperti kita tahu, Instagram telah menjadi platform utama bagi bisnes dan pencipta kandungan (content creator) untuk membina pengaruh dan follower samada secara organik atau bukan organik.
Seperti mana-mana bisnes dan pencipta kandungan (content creator) yang baru bermula, adalah sangat sukar untuk mendapat kadar engagement yang tinggi dengan jumlah follower yang ramai.
Ada yang mengambil langkah pintas dengan membeli follower di Instagram yang dijual secara tidak sah samada oleh penjual Instagram bot di Malaysia atau luar negara, khususnya Indonesia.
Mulanya, memang nampak seperti jalan penyelesaian yang mudah dan cepat. Akan tetapi, tindakan beli follower di Instagram sebenarnya lebih banyak buruk dari baik, lebih banyak hancing dari manisnya.
Logik Ramai Beli Follower di Instagram
Ramai jenama dan pencipta kandungan (content creator) merasa tekanan untuk dapat jumlah follower yang ramai dalam masa yang pendek.
Ini kerana mereka percaya bahawa jumlah follower di Instagram mencerminkan krebiliti dan mampu menarik lebih banyak peluang perniagaan samada dari segi jualan produk atau servis.
“Building a real audience on Instagram takes time, patience, and consistency. Shortcutting that process with fake followers is a fool’s errand.” – Neil Patel
Apa Itu Instagram?
Instagram adalah sebuah platform media sosial yang fokus pada perkongsian foto dan video. Ia telah berkembang menjadi salah satu alat pemasaran digital yang paling penting, dengan fungsi seperti Reels, Instagram Stories, dan pengiklanan yang berkuasa untuk membina jenama dan engagement Instagram yang tinggi.
Instagram sebagai Media
Sebagai platform media, Instagram membolehkan pengguna untuk mempromosikan produk, perkhidmatan, dan idea mereka secara kreatif. Pemasaran Instagram yang berkesan memerlukan penggunaan kandungan (content creator) yang berkualiti tinggi, penjenamaan yang konsisten, dan strategi Instagram yang terancang.
Cara Promosi di Instagram
Untuk berjaya di Instagram, jenama perlu menggunakan strategi promosi yang sesuai, seperti penggunaan hashtag, pengaruh Instagram, dan kempen Instagram yang menarik. Kandungan Instagram yang relevan dan menarik adalah kunci kepada kejayaan dalam membina engagement Instagram.
10 Fakta Menarik Tentang Instagram di Malaysia
1. Lebih Daripada 2 Bilion Pengguna Aktif Bulanan Instagram kini mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia, menjadikannya salah satu platform media sosial paling popular.
2. Pengguna Instagram di Malaysia Aktif Berinteraksi Di Malaysia, pengguna Instagram terkenal dengan tahap interaksi yang tinggi, terutama melalui fungsi Reels dan Instagram Stories.
3. Jumlah Pengguna Wanita Lebih Tinggi 48.4% pengguna Instagram adalah wanita, sementara lelaki merangkumi 51.6%, menunjukkan bahawa platform ini popular di kalangan kedua-dua jantina.
4. Generasi Muda Menguasai Platform Majoriti pengguna Instagram terdiri daripada golongan muda, dengan 67% pengguna berusia antara 18 hingga 29 tahun. Ini menjadikan Instagram sebagai platform pilihan untuk pemasaran yang menyasarkan golongan belia.
5. Lebih Daripada 500 Juta Pengguna Menggunakan Instagram Stories Setiap Hari Setiap hari, lebih daripada 500 juta pengguna di seluruh dunia menggunakan Instagram Stories, menjadikannya alat penting dalam pemasaran digital.
6. Instagram Mempengaruhi Pembelian Produk Kajian menunjukkan bahawa 83% pengguna Instagram menggunakan platform ini untuk mencari produk atau perkhidmatan, dan 80% pengguna mengatakan bahawa mereka terpengaruh untuk membeli sesuatu setelah melihatnya di Instagram.
7. Hashtag Meningkatkan Engagement Penggunaan hashtag di Instagram boleh meningkatkan engagement dengan ketara. Kandungan dengan sekurang-kurangnya satu hashtag mendapat 12.6% lebih banyak engagement berbanding kandungan tanpa hashtag.
8. Instagram adalah Platform untuk Jenama Sebanyak 90% akaun di Instagram mengikuti sekurang-kurangnya satu jenama. Ini menjadikannya platform utama untuk penjenamaan dan pemasaran produk.
9. Pertumbuhan Pesat Penggunaan Reels Reels telah menjadi ciri yang semakin popular, dengan banyak jenama menggunakan format ini untuk menarik pengikut baru dan meningkatkan engagement.
10. Pengaruh Instagram Terus Meningkat Di Malaysia, influencer marketing di Instagram semakin berkembang, dengan lebih banyak jenama yang memanfaatkan pengaruh Instagram untuk mencapai audiens yang lebih luas.
Fakta-fakta Instagram ini jelas menunjukkan betapa pentingnya Instagram dalam strategi pemasaran digital di Malaysia, serta potensi besar platform ini untuk membina jenama dan berinteraksi dengan pengguna.
5 Keburukan Beli Follower di Instagram
Membeli follower mungkin kelihatan seperti cara mudah untuk meningkatkan profil Instagram, tetapi ia membawa lebih banyak keburukan.
Follower palsu tidak memberikan engagement sebenar, yang boleh menjejaskan reputasi jenama anda. Tambahan pula, algoritma Instagram dapat mengesan aktiviti ini dan berkemungkinan akan mengehadkan penampilan kandungan anda.
1. Algoritma Meta
Setiap tahun, Meta selaku parent company untuk Facebook, Instagram dan WhatsApp akan menyekat akaun fake yang terdiri dari bot dan sebagainya yang membanjiri Facebook dan Instagram.
Lazimnya, selepas berlaku perubahan algortima, ada pempengaruh (influencer) yang mengalami penurunan jumlah follower di Instagram yang signifikan.
2. Akaun Tidak Aktif
Fake account yang menjadi follower anda di Instagram akan dinyah beku oleh Instagram jika terbukti tidak aktif untuk satu tempoh (lazimnya melebihi 12 bulan).
Jika jumlah follower anda ramai dan engagement anda rendah, ini merupakan indikator kuat yang menunjukkan anda ada follower Instagram yang terdiri dari akaun tidak aktif.
3. Pencurian Data & Identiti
Majoriti fake account dan bot account di Instagram menggunakan data & identiti orang lain yang seakan-akan sama merangkumi gambar profil, biografi, video dan sebagainya.
Boleh jadi, data & identiti anda telah dicuri oleh scammer untuk mencipta profil fake account untuk dijual sebagai servis follower Instagram.
4. Merendahkan Metrik Instagram
Logik untuk semua platform media sosial, semakin ramai jumlah follower anda, semakin tinggi engagement rate anda. Akan tetapi, dengan fake account yang menjadi follower anda, mustahil untuk mereka berinteraksi dengan posting anda.
Mengikut pengalaman saya, majoriti akaun Instagram yang beli follower di Instagram mempunyai kadar engagement rate di antara <1% – 3%.
5. Demografi Follower Tidak Tepat
Fake account di Instagram ini boleh jadi berasal dari negara dan benua lain (bukan Malaysia). Adalah tidak logik untuk akaun Instagram yang mengeluarkan konten berbahasa Malaysia mempunyai ramai follower dari Mexico dan Russia.
Kenapa Orang Beli Follower di Instagram?
Kebanyakan orang membeli follower di Instagram kerana mereka percaya bahawa angka pengikut yang tinggi akan meningkatkan kredibiliti mereka.
Baca : Step By Step Bina Produk Terlaris di Pasaran (LENGKAP)
Namun, apa yang mereka tidak sedar adalah follower palsu tidak membawa nilai sebenar kepada profil Instagram mereka.
Sebaliknya, pengaruh Instagram yang sebenar dibina melalui engagement Instagram yang autentik dan hubungan yang kukuh dengan pengikut.
“Real influence on Instagram comes from real followers who engage with your content, not just numbers on a screen.” – Gary Vaynerchuk
Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)
Kesimpulannya, beli follower di Instagram mungkin kelihatan seperti jalan pintas yang menguntungkan, tetapi hakikatnya, ia boleh merosakkan usaha pemasaran anda dalam jangka masa panjang.
Follower palsu tidak memberikan engagement sebenar dan boleh merosakkan reputasi jenama anda. Sebaliknya, fokuskan usaha anda untuk membina pengikut yang autentik melalui kandungan berkualiti, strategi Instagram yang baik, dan interaksi yang konsisten dengan pengikut anda berbanding beli follower di Instagram.