personal branding

Personal Branding : Definisi, Kelebihan & Contoh di Malaysia

Tatkala kita bercakap soal personal branding, mesti ada yang rasa benda ini hanya terpakai untuk orang yang sedia popular seperti influencer media sosial, artis, pelakon dan usahawan besar.

Hakikatnya, personal branding ini penting untuk sesiapa saja—tak kira anda seorang salesperson, content creator, atau pun influencer media sosial. 

Masalah yang biasa dihadapi ialah ramai tidak faham bagaimana caranya untuk membentuk personal brand yang mantap dan kepentingannya. Jika anda mempunyai masalah dengan personal branding, artikel ini memang ditulis khusus untuk anda.

Satu tips yang saya nak kongsikan di sini apabila saya buntu dan lost, saya suka melakukan ‘post-mortem’ dengan melihat kembali gambar rajah Ikigai. Ikigai adalah seni mengenal potensi diri yang membantu saya menjadi salah satu pakar branding di Malaysia.

ikigai
Kredit : Forbes

“Boleh ke aku buat personal branding? Nanti apa kata kawan dengan famili yang kenal aku nanti?”

Kenapa Personal Branding Penting?

Bila anda memulakan satu bisnes, personal branding adalah kunci untuk menunjukkan siapa diri anda dan apa yang anda wakili (baca : syarikat/produk). Ia lebih daripada sekadar logo atau profile picture yang cantik di Instagram.

Personal branding ini sebenarnya merangkumi cara anda berkomunikasi, bagaimana anda bina hubungan dengan pelanggan, dan apa yang anda kongsikan kepada dunia.

Baca : 6 Ciri Ciri Komunikasi Berkesan Dalam Branding Dan Bisnes

Dengan personal brand yang kuat, anda mampu membezakan diri anda daripada pesaing dan membuat orang lain percaya dengan apa yang anda tawarkan.

“Brand yourself for the career you want, not the job you have.”Dan Schawbel

Apa Itu Personal Branding?

Mudah cerita, personal branding ialah cara anda persembahkan diri anda kepada dunia—dari cara anda berpakaian, bercakap, hingga kepada apa yang anda post di media sosial.

Semua elemen ni akan bina satu persepsi orang lain terhadap diri anda. Contohnya, kalau anda selalu kongsikan tips-tips bisnes di LinkedIn, orang akan mula lihat anda sebagai pakar dalam bidang tersebut. Itulah kuasa personal branding.

Elemen Dalam Personal Branding

Banyak elemen yang perlu diambil kira bila anda nak bina personal branding. Antaranya:

  1. Identiti Peribadi: Ini termasuk nilai-nilai yang anda pegang, apa yang anda percaya, dan bagaimana anda nak dunia lihat anda.
  2. Komunikasi Peribadi: Cara anda bercakap, menulis, dan berinteraksi dengan orang lain. Semua ni akan memberi impak kepada personal brand anda.
  3. Imej Visual: Penampilan, gaya berpakaian, dan semua elemen visual yang anda gunakan di media sosial atau website.
  4. Pengaruh Sosial: Bagaimana anda berinteraksi dengan orang lain di media sosial dan bagaimana anda gunakan platform tersebut untuk membina pengaruh.

Baca : Brand Identiti : Definisi, Kelebihan & Contoh di Malaysia

Personal Branding Dari Awal

Kalau anda baru nak mula bina personal brand, mulakan dengan kenal pasti siapa anda dan apa yang anda nak capai. Tanya diri sendiri:

  • Siapakah audiens yang saya nak target?
  • Apa yang membezakan saya dengan orang lain?
  • Apakah nilai-nilai yang saya percaya dan ingin tunjukkan kepada dunia?

Bila anda dah jelas dengan semua ni, barulah anda boleh mula bina personal brand yang konsisten dan berimpak.

Kelebihan Personal Branding

  1. Menguatkan Nilai Brand: Bila anda ada personal branding yang jelas, ia akan tambah nilai pada apa sahaja yang anda lakukan—dari bisnes hingga ke kehidupan peribadi.
  2. Membezakan Pesaing di Pasaran: Personal branding yang unik akan buatkan anda standout daripada pesaing anda. Tak ada siapa yang boleh tiru anda.
  3. Wujudkan Pelanggan Yang Setia: Dengan personal branding yang kuat, anda boleh tarik pelanggan yang bukan saja beli produk anda, tapi jadi penyokong setia.
  4. Memudahkan Kempen & Promosi: Bila orang dah kenal anda dengan baik, semua kempen dan promosi anda akan lebih mudah diterima.
  5. Membina Komuniti Dari Pelanggan: Personal branding yang kukuh akan membantu anda bina satu komuniti yang setia dan sentiasa menyokong apa sahaja yang anda buat.

Contoh Personal Branding di Malaysia

  1. Khairy Jamaluddin: Bukan sekadar ahli politik, KJ dikenali sebagai individu berani dan moden.
  2. Khairul Aming: Dari Instagram ke bisnes Sambal Nyet, KA berjaya bina personal brand yang sangat kuat.
  3. Dato’ Aliff Syukri: Dengan gaya yang flamboyant, Aliff Syukri tahu cara tarik perhatian dan kekal relevan.
  4. Aliff Satar: Dari penyanyi ke pelakon, Aliff Satar berjaya membina personal brand yang disenangi ramai.
  5. Pinn Yang: Pengasas aset digital yang menggunakan media sosial untuk mengukuhkan personal brand.
khairul aming
Kredit : Premium Read

“Personal branding is about managing your name — even if you don’t own a business — in a world of misinformation, disinformation, and semi-permanent Google records.” — Tim Ferriss

Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)

Jadi, kalau anda serius nak bina personal branding yang kuat, mula dari sekarang. Fahami apa yang anda nak capai, bina identiti anda, dan pastikan semua elemen dalam personal branding anda konsisten. Selepas ini, anda dah tak boleh cakap “tak tahu” lagi bila sebut personal branding. Mulakan perjalanan personal branding anda hari ini!

Artikel Menarik