the art of storytelling

The Art of Storytelling : 5 Seni Bercerita Dalam Bisnes

Di dalam dunia perniagaan yang serba pantas, ramai usahawan dan pemilik brand sering terperangkap dalam stigma bahawa data dan fakta semata-mata mencukupi untuk mempengaruhi audiens dan mengenepikan The Art of Storytelling.

Mereka cuba meyakinkan pelanggan melalui statistik, produk berkualiti, dan harga kompetitif, namun sering gagal untuk meninggalkan kesan yang mendalam menerusi cerita yang mereka sampaikan dalam perjalanan bisnes.

Masalahnya terletak pada komunikasi yang kurang beremosi dan tidak melibatkan cerita. Tanpa seni bercerita atau storytelling, komunikasi perniagaan sering kali kelihatan hambar, tidak bermaya, dan sukar diingati.

pak mat western branding
Kredit : Daily Niaga

Namun, ada penyelesaian yang tepat untuk masalah ini. Apa itu storytelling? Apa kaitannya dalam bisnes?

Storytelling adalah satu alat yang berkuasa dalam strategi branding yang mampu menjadikan brand anda lebih dekat dengan pelanggan menerusi :

  • Dialog
  • Resolusi
  • Intonansi
  • Manifestasi
  • Tema brand
  • Konflik dalaman

Baca : Ciri Ciri Komunikasi Berkesan Dalam Branding Dan Bisnes

Melalui artikel ini, anda akan memahami bagaimana storytelling boleh mengubah cara brand anda berkomunikasi, memberikan nilai tambah yang tinggi, dan membina brand equity yang kuat.

Selesai membaca artikel ini, anda akan mempelajari seni bercerita dalam perniagaan yang mampu mencipta hubungan yang berkekalan dengan audiens anda.

“A great story can move mountains, but an authentic story can move the world.” — Fabian Geyrhalter

The Art of Storytelling

Storytelling, dalam konteks branding adalah seni menyampaikan mesej brand melalui naratif yang menarik dan beremosi.

Ia lebih daripada sekadar menyampaikan fakta; storytelling menghubungkan audiens dengan nilai brand melalui pengalaman, emosi, dan makna yang mendalam.

nike
Kredit : Medium

Brand seperti Nike, Apple, dan Airbnb menggunakan storytelling untuk membina identiti brand yang kukuh dan diingati. Storytelling membantu brand mencipta brand story yang bukan sahaja relevan tetapi juga resonan dengan audiens mereka.

Dalam dunia perniagaan, storytelling berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan brand voice dengan hati pelanggan.

Ia membolehkan sebuah brand menyampaikan visi, misi, dan nilai-nilai yang mereka pegang, menjadikannya lebih daripada sekadar entiti komersial. Brand strategist sering menggunakan storytelling untuk memperkuat brand positioning di pasaran yang kompetitif.

Audiens tidak akan ingat tentang produk anda. Akan tetapi, mereka akan ingat emosi yang mereka alami tatkala melihat brand anda.

Kelebihan Storytelling

Untuk info, ada 4 kelebihan storytelling dalam pembangunan karakter sebuah brand khususnya dalam konteks bisnes.

a. Bina Emosi dan Hubungan

Storytelling membantu brand mencipta hubungan yang lebih peribadi dan beremosi dengan pelanggan. Ini penting dalam membina kesetiaan brand dan mempengaruhi brand equity.

b. Membezakan Jenama

Dalam lautan persaingan, storytelling boleh menjadi faktor yang membezakan brand anda daripada pesaing. Cerita yang unik dan asli akan memastikan brand anda diingati dan dihargai.

c. Naikkan Jenama

Cerita yang baik sering diingati lebih lama. Dengan storytelling, brand recall menjadi lebih kuat, menjadikan jenama anda lebih dikenali dalam pasaran.

d. Kukuhkan Nilai Brand

Storytelling membolehkan brand menyampaikan nilai-nilai penting yang mereka pegang, menjadikannya lebih jelas kepada audiens. Ini membantu dalam membina brand equity yang kukuh.

Cara Menggunakan Storytelling

Untuk menggunakan storytelling dengan berkesan dalam perniagaan, anda wajib melalui semua proses di bawah satu persatu :

1. Kenali Audiens Anda

Memahami siapa audiens anda adalah kunci dalam mencipta cerita yang relevan dan bermakna. Ini termasuk memahami keperluan, kehendak, stigma, salah faham, masalah, dan nilai-nilai mereka.

2. Tentukan Mesej Utama

Setiap cerita harus mempunyai mesej utama yang ingin disampaikan. Mesej ini mesti konsisten dengan strategi branding dan brand positioning anda di semua platform.

3. Struktur Cerita Kukuh

Seperti dalam novel atau filem, storytelling dalam perniagaan juga memerlukan struktur yang kukuh – pengenalan, konflik, klimaks, dan penyelesaian.

4. Gabungan Data & Fakta

Visual branding dan tipografi memainkan peranan penting dalam menyokong cerita brand. Elemen-elemen ini harus selaras dengan nada dan mesej yang ingin disampaikan.

Sungguhpun storytelling berfokus pada emosi, data dan fakta juga penting untuk memberi kredibiliti kepada cerita anda.

the art of storytelling

Storytelling Cycle System

Sistem Storytelling Cycle adalah pendekatan sistematik untuk mencipta dan mengekalkan cerita jenama (brand story) yang berkesan:

1. Penemuan

Fahami apa yang membuat brand anda unik. Apakah nilai-nilai teras yang ingin anda sampaikan? Apakah cerita yang hanya boleh diceritakan oleh brand anda?

2. Pembangunan

Cipta cerita berdasarkan penemuan ini. Pastikan ia beremosi, relevan, dan boleh diingati oleh audiens anda. Cipta satu cerita yang bersifat universal dan ketepikan segala jargon dalam industri.

3. Pelaksanaan

Sampaikan cerita ini melalui semua saluran komunikasi brand anda – dari bahan fizikal, iklan hingga ke media sosial.

4. Penilaian

Sentiasa buat penilaian akan keberkesanan naratif yang anda tetap dan sampaikan pada audiens. Adakah ia masih relevan? Adakah ia mencapai objektif yang ditetapkan? Jika ya, teruskan. Jika tidak, revamp.

5. Penyesuaian

Cerita brand anda perlu berkembang mengikut masa dan perubahan dalam pasaran. Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menyesuaikan cerita anda.

Cerita yang anda kedepankan pada audiens di tahun 2005, besar kemungkinan tidak sesuai dengan audiens yang anda sasarkan pada tahun 2025.  Ingat, manusia berevolusi seiring perubahan gaya hidup & teknologi.

Baca : 9 Kepentingan Jenama Dalam Perniagaan (Edisi 2025)

5 Tips Untuk Storytelling

Untuk memastikan storytelling anda berkesan, pertimbangkan tips berikut:

  1. Authentic: Audiens menghargai keaslian. Jangan cuba menjadi competitor anda.
  2. Pengalaman: Cipta cerita dengan pengalaman lengkap & dekat dengan pelanggan.
  3. Visual : Visual bukan nilai estetik semata-mata, sebaliknya menguatkan cerita anda.
  4. Konsisten : Pastikan cerita anda konsisten dengan brand voice & strategi branding.
  5. Emosi: Logiknya, manusia akan mengingati emosi yang anda sampaikan dalam cerita.

“Good stories surprise us. They make us think and feel. They stick in our minds and help us remember ideas and concepts in a way that a PowerPoint bullet point never can.” — Marty Neumeier

Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)

The Art of Storytelling atau seni bercerita dalam bisnes tanpa perlu dipertikaikan lagi adalah  jambatan terbaik yang menghubungkan brand anda dan audiens. Dengan memahami apa itu storytelling, manfaatnya, cara menggunakannya, dan tips yang berkesan, anda boleh mengubah cara brand anda berinteraksi dengan audiens.

Storytelling bukan sahaja tentang mencipta cerita, tetapi tentang membina emosi brand dan nilai brand yang kukuh dan konsisten di semua platform. 

Dengan storytelling, anda bukan sahaja boleh mempengaruhi pelanggan tetapi juga membina hubungan yang berkekalan dan penuh makna. Ini adalah seni branding yang saya tekankan kepada semua pemilik bisnes yang ingin membina brand.

Jadikan art of storytelling sebagai teras kepada strategi brand anda, dan lihatlah bagaimana ia membawa brand anda ke tahap yang lebih tinggi.

Artikel Menarik