5 Cara Meningkatkan Brand Awareness Bisnes Anda (Proven)
Bagi perniagaan di Malaysia, satu cabaran terbesar ialah bagaimana untuk meningkatkan brand awareness. Ramai pemilik perniagaan sering menghadapi kesukaran untuk membuat orang ramai mengenali dan mempercayai brand mereka.
Apabila brand awareness rendah, produk atau perkhidmatan anda mungkin tenggelam dalam persaingan yang sengit.
Matlamat utama brand awareness ialah untuk mengubah persepsi terhadap brand anda dan mendorong pelanggan untuk melakukan pembelian. Ingat! hujung brand awareness mestilah conversion (baca : sales).
Baca : Brand Identiti : Definisi, Kelebihan & Contoh di Malaysia
Brand awareness bukan sekadar mengenai pemasaran, tetapi juga tentang bagaimana penjenamaan dan pemasaran berfungsi bersama untuk memberi impak yang lebih besar.
“Awareness is the first step in the ladder of brand loyalty.” — Philip Kotler
1. Manfaatkan Media Sosial dengan Bijak
Media sosial adalah salah satu alat yang paling berkesan untuk meningkatkan brand awareness.
Sebagai contoh, Khairul Aming, seorang pempengaruh terkenal di Malaysia, menggunakan platform seperti Instagram dan TikTok untuk mempromosikan produknya dengan kandungan yang relevan dan menarik.
Dengan menggabungkan visual yang menarik dan cerita yang beridentiti (original), beliau berjaya mencipta kesedaran yang meluas tentang brandnya.
Taktik:
- Guna visual dan video berkualiti tinggi.
- Konsisten dalam memuat naik kandungan.
- Sertai perbualan yang berkaitan dengan industri anda.
2. Adakan Kempen Promosi Unik
Kempen promosi yang unik boleh memberi impak besar dalam meningkatkan brand awareness.
Contohnya, AirAsia pernah melancarkan kempen “Free Seats” yang menjadi viral dan berjaya menarik perhatian ramai. Kempen seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap brand tetapi juga mencipta buzz yang kuat di kalangan pengguna.
Taktik:
- Cipta tawaran yang sukar ditolak.
- Fokus pada promosi yang berbeza dari pesaing.
- Manfaatkan saluran pemasaran digital untuk promosi.
3. Kolaborasi dengan Brand Lain
Berkolaborasi dengan brand lain boleh memperluaskan jangkauan brand anda. Contoh terbaik ialah kerjasama antara Tealive dan Baskin Robbins yang menghasilkan minuman dengan gabungan teh susu dan ais krim.
Kolaborasi ini bukan sahaja meningkatkan brand awareness tetapi juga memperkenalkan pelanggan kepada produk baru yang menarik.
Taktik:
- Pilih brand yang mempunyai audiens yang serasi.
- Gunakan promosi bersama untuk memperkenalkan kolaborasi.
- Cipta produk atau perkhidmatan yang eksklusif hasil kerjasama.
4. Gunakan Influencer Marketing
Influencer marketing adalah salah satu cara yang semakin popular di Malaysia. Contohnya, Shopee sering bekerjasama dengan selebriti tempatan untuk mempromosikan jualan besar mereka.
Dengan menggunakan influencer yang mempunyai pengaruh kuat, Shopee berjaya meningkatkan kesedaran dan menarik lebih ramai pengguna untuk platform mereka.
Taktik:
- Pantau dan ukur kesan kempen secara berkala.
- Pilih influencer yang sejajar dengan nilai brand anda.
- Tetapkan objektif yang jelas untuk kempen influencer.
Baca :Branding vs Marketing : Ini 5 Perbezaan Anda Perlu Tahu
5. Adakan Acara atau Aktiviti Fizikal
Walaupun dunia semakin digital, acara fizikal masih memainkan peranan penting dalam meningkatkan brand awareness.
Sebagai contoh, Lazada sering mengadakan acara besar-besaran seperti Lazada Super Show, yang menggabungkan hiburan dengan promosi besar.
Acara seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada brand tetapi juga mencipta pengalaman yang diingati oleh pelanggan.
Taktik:
- Adakan acara yang menarik dan relevan dengan audiens.
- Berikan insentif seperti diskaun atau hadiah untuk menarik kehadiran.
- Manfaatkan media sosial untuk mempromosikan acara sebelum, semasa, dan selepas.
“Your brand is what other people say about you when you’re not in the room.” — Jeff Bezos
Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)
Meningkatkan brand awareness adalah satu proses yang memerlukan strategi yang berkesan dan konsisten. Mulakan dengan menggunakan taktik yang sesuai dengan audiens dan perniagaan anda.
Setelah anda memahami cara untuk meningkatkan kesedaran brand, langkah seterusnya ialah mengukur impak strategi yang telah dilaksanakan dan terus menambah baik usaha anda.
Dengan pemahaman dan pelaksanaan strategi yang betul, brand awareness anda bukan sahaja akan meningkat, tetapi ia juga akan membantu dalam membina brand yang kukuh dan dikenali ramai. Kini, tiba masanya untuk anda bertindak dan mula meningkatkan kesedaran terhadap brand anda!