Corporate Branding Checklist Untuk Bisnes Anda (PERCUMA)
Pernahkah anda terfikir untuk menjalankan rebranding bisnes anda menjadi sebuah jenama korporat? Jika ya, anda perlukan corporate branding checklist!
Dalam bahasa mudah, corporate branding checklist adalah sebuah panduan lengkap yang mengandungi elemen aktiviti yang perlu anda lakukan dalam proses rebranding atau penjenamaan korporat.
Elemen utama dalam corporate branding checklist tidak terbatas kepada :
- Logo
- Persona
- Tipografi
- Misi & Visi
- Nilai Brand
- Brand Story
- Brand Identiti
- Brand Guideline
Berdasarkan pengalaman saya sebagai pakar branding Malaysia, hanya 2 dari 10 orang usahawan yang sedar kepentingan membina identiti kepada bisnes mereka.
Baca : Maksud Brand, Definisi & Contoh Sebenar (KEMASKINI)
Memasuki tahun 2025, trend bisnes sekarang semakin kompetitif dan sukar untuk anda mendapat loyal customer dan membina komuniti yang akan mendukung brand anda untuk lebih dari 3 tahun.
Disebabkan itulah, banyak bisnes gagal selepas 3 tahun.
Jika anda mempunyai cita-cita untuk membawa bisnes anda ke tahap korporat, anda perlu sekurang-kurangnya tahu strategi corporate branding.
Baca : Brand Strategi : Definisi, Kelebihan & Contoh di Malaysia
“A brand is no longer what we tell the consumer it is—it is what consumers tell each other it is.” – Scott Cook
Corporate Branding Checklist Untuk Bisnes Anda
Berikut adalah checklist lengkap untuk memastikan proses rebranding anda berada di landasan yang betul:
1. Asas Rebranding
Pastikan identiti korporat anda jelas dan konsisten. Identiti ini harus mencerminkan nilai dan matlamat brand anda.
Elemen :
- Logo
- Warna
- Website
- Tipografi
- Typeface
- Copywriting
- Brand Voice
2. Strategi Rebranding
Rancang rebranding yang komprehensif. Ini merangkumi bagaimana anda ingin brand anda dipandang oleh pasaran dan strategi yang akan digunakan untuk mencapainya.
Elemen :
- Positioning
- Brand Pillars
- Architecture
- Rules of Road
- Equity Pyramid
- Category Expansion Zone
3. Reka Bentuk Rebranding
Reka bentuk penjenamaan korporat yang unik dan menarik. Reka bentuk ini harus berbeza daripada pesaing dan menarik perhatian pelanggan sasaran.
Elemen :
- Brand Architecture
- Corporate Stationary
- Marketing Collateral
4. Pengurusan Rebranding
Pengurusan penjenamaan korporat yang baik memastikan konsistensi dalam semua platform dan komunikasi. Tetapkan garis panduan untuk bagaimana brand anda dipersembahkan di media sosial, laman web, dan bahan pemasaran.
Elemen :
- Brand Value
- Brand Ekuiti
- Brand Identiti
- Brand Loyalty
- Brand Awareness
- Brand Recognition
5. Elemen Rebranding
Kenal pasti elemen rebranding utama yang termasuk logo, slogan, dan simbol brand. Pastikan semua elemen ini diselaraskan dengan matlamat corporate branding anda.
Elemen :
- Logo
- Slogan
- Tagline
- Simbol
6. Proses Rebranding
Lakukan proses corporate branding secara sistematik. Mulakan dengan analisis pasaran, diikuti dengan pembangunan konsep, dan akhir sekali pelancaran brand.
Elemen :
- Feedback
- Mesej Produk
- Konsep Brand
- Market Research
- Customer Profile
- Competitor Analysis
7. Matlamat Rebranding
Tetapkan matlamat corpotate rebranding yang jelas. Ini akan membantu anda mengukur kejayaan corporate branding anda dan membuat penyesuaian jika perlu.
Elemen :
- Community
- Market Share
- Loyal Customer
8. Brand Visual Korporat
Pastikan brand visual korporat anda konsisten di seluruh saluran. Ini termasuk penggunaan logo, warna, dan tipografi yang sama dalam semua bahan pemasaran.
Elemen :
- Brand Rollout
- Brand Guideline
- Marketing Collateral
9. Asas Corporate Branding
Semak asas corporate branding anda untuk memastikan semuanya lengkap dan berfungsi dengan baik. Ini termasuk pemilihan nama, tanda dagangan, dan pelbagai elemen visual.
Elemen :
- Slogan
- Tagline
- Trademak
10. Langkah Corporate Branding
Ikuti langkah corporate branding yang telah ditetapkan. Pastikan setiap langkah dalam proses rebranding anda dilaksanakan dengan teliti untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Elemen :
- Outsource branding agency
- In-house branding department
“A brand is a promise. A brand is a relationship.” – Marty Neumeier
Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)
Senarai semak corporate branding checklist adalah panduan simple untuk pastikan brand anda berada di landasan yang betul dan berfungsi dengan efektif.
Dengan mengikuti corporate branding checklist ini, anda akan dapat memastikan penjenamaan korporat anda konsisten, berkesan, dan sesuai dengan matlamat perniagaan anda.
Jenama automotif KIA adalah contoh sebenar brand yang berjaya selepas melakukan rebranding di semua peringkat. 20 tahun lalu, KIA adalah jenama kereta Korea yang tidak diminati rakyat Malaysia apatah lagi Eropah.
Kini, KIA adalah salah satu jenama automotif yang menguasai 6% dari pasaran automotif dunia setakat tahun 2023!
Baca : Brand Identiti : Definisi, Kelebihan & Contoh di Malaysia
Langkah seterusnya selepas memahami corporate branding checklist ini, tibalah masalanya untuk anda melaksanakan dan memantau setiap elemen dalam strategi corporate branding anda. Semoga panduan ini membantu anda membina brand yang kukuh dan berjaya!