Strategi Branding IKEA Yang Berjaya di Malaysia (Ulasan)
Sejak wujud di Malaysia pada tahun 1996 hingga kini, strategi branding IKEA sentiasa menjadi rujukan dan contoh yang positif oleh banyak bisnes yang ingin membina strategi branding yang proven.
Seperti kita tahu, membina brand bukanlah satu tugas yang mudah dan berjalan sepanjang masa. Branding bersifat marathon dan bukan kempen yang ada tarikh luput dan tempoh masa.
Namun, tidak semua jenama mampu mencapai tahap pengenalan yang tinggi seperti IKEA. Bagaimana IKEA berjaya mengatasi halangan ini dan menjadi peneraju jenama perabot di Malaysia?
“Your brand is the single most important investment you can make in your business.” – Steve Forbes
Fakta Menarik Tentang IKEA
1. IKEA Mempunyai Lebih Daripada 400 Cawangan IKEA mempunyai lebih daripada 400 cawangan di seluruh dunia, dengan beberapa daripadanya terletak di Malaysia.
2. IKEA ada 4 cawangan di Malaysia dan 7 Pick-up Point di Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak.
3. IKEA Menjual Lebih Daripada 12,000 Produk Produk IKEA merangkumi pelbagai kategori seperti perabot DIY, aksesori rumah, dan juga makanan di IKEA.
4. IKEA Menghasilkan Lebih Daripada 1 Bilion Bebola Daging Setiap Tahun Di seluruh dunia, IKEA terkenal dengan makanan di IKEA, terutama bebola dagingnya yang popular.
5. IKEA Menyediakan Reka Bentuk Perabot yang Mudah Dipasang Salah satu kekuatan utama IKEA adalah reka bentuk IKEA yang memudahkan pelanggan memasang perabot mereka sendiri di rumah.
6. IKEA Menawarkan Gaya Hidup Moden dan Minimalis IKEA untuk rumah kecil adalah konsep yang popular, menawarkan penyelesaian yang efisien dan estetik untuk ruang yang terhad.
Apa Itu IKEA?
IKEA adalah jenama perabot global yang terkenal dengan reka bentuk minimalis dan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Kedai IKEA menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik, di mana pelanggan boleh melihat dan merasai produk sebelum membuat pembelian.
Sejarah IKEA di Malaysia
Sejarah IKEA di Malaysia bermula pada tahun 1996 dengan pembukaan cawangan pertama di Mutiara Damansara. Hari ini, IKEA mempunyai 9 cawangan termasuk drop-off point dan gudang di Semenanjung Malaysia.
Kini, IKEA telah berkembang dan membuka beberapa lagi cawangan di Malaysia, menjadikan jenama ini semakin dikenali dan dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Baca : 9 Kepentingan Jenama Dalam Perniagaan (Edisi 2025)
5 Strategi Branding IKEA di Malaysia
Strategi branding IKEA adalah berdasarkan prinsip-prinsip kesederhanaan, fungsi, dan tahan lama. Anda boleh rujuk poin di bawah untuk lihat 5 strategi branding IKEA :
1. The IKEA Effect
Ada 1 kajian yang memang dinamakan The IKEA Effect di mana ia mengatakan manusia akan meletakkan nilai yang lebih tinggi pada barang/ciptaan yang mereka bina atau hasilkan sendiri. Kita akan lebih sayang dengan sesuatu hasil dari titik peluh kita sendiri.
Bukan sahaja produk IKEA kita pasang sendiri, nak mencari dan mengangkut dari rak mana pun kita buat sendiri. Experience ini membuatkan kita lebih sayang dengan produk IKEA yang kita beli dan pasang sendiri. Akhirnya kita beli lagi dan beli lagi dan lagi dari IKEA.
Di pihak IKEA pula, mereka dapat jimat ruang dan kos kerana tak perlu jual perabot yang sudah siap dipasang.
2. The Choice Overload Effect
Teori psikologi ini mengatakan; bila terlalu banyak pilihan, manusia boleh berasa stress untuk memilih dan akhirnya tidak membeli.
IKEA mengehadkan pilihan yang ada contohnya pada warna. Kebanyakan perabot di IKEA berwarna putih, hitam atau warna kayu. Kecuali perabot yang berfabrik atau beberapa perabot yang bukan majoriti.
Limitasi ini membuatkan kita senang untuk memilih dan di pihak IKEA pula, bahagian produksi menjadi lebih efisyen dan bila efisyen, sekali lagi jimat kos!
3. Scarcity Effect
Kedai IKEA ini sehala, bersimpang siur dan panjang. Rekaan ini membuatkan kita rasa kita akan terlepas peluang kalau tak letak terus barang yang menarik dalam troli. Nak patah balik nanti, jauh pula!
Scarcity Effect mengatakan, manusia akan lebih menghargai sesuatu yang sedikit atau susah untuk dapat atau memiliki. Sebab itulah senang-senang saja kita letak barang dalam troli. Apa susah, kalau tak nak nanti boleh letak balik mana-mana.
Tapi ada satu masalah!
4. The Endowment Effect
Masalahnya ialah bila The Endowment Effect mengatakan; manusia akan lebih menghargai sesuatu yang dia dah beli atau berniat nak beli. Seolah-olah ada 1 ikatan emosi di situ.
Jadi, bila kita dah letak barang dalam troli, kita dah mula membayangkan bagaimana kita akan guna barang tersebut, bagaimana kita akan susun barang itu bila di rumah.
Bayangan ini dipanggil pre-memories yang seolah-olah kita sudah memilik barang tersebut dan menyebabkan ikatan emosi antara kita dengan barang itu mula terbina.
Jadi sebenarnya, letak barang dalam troli just in case kalau nak nanti ni sebenarnya bahaya! Memang senang kita akan terbeli juga walaupun tak perlu!
5. Priming Effect
Selepas dah penat pusing-pusing satu IKEA sampailah kita ke restoran IKEA. Bila dah penat tu, kadang-kadang boleh jadi malas nak beli.
Jadi bila kita rehat dulu, makan meatball, borak pula dengan pasangan tentang sofa yang menarik tadi akan membuatkan kita relaks dan tenang. Perut yang dah kenyang pula akan menaikkan mood kita dan memudahkan untuk kita membeli.
Tingkah laku ini dipanggil Priming Effect. Priming Effect adalah dimana apabila kita diberi stimulus seperti gambar, kata-kata, bau, pencahayaan, bunyi, sentuhan, atau suhu, secara tanpa sedar akan mempengaruhi keputusan yang kita akan buat.
Baca : 7 Strategi Branding Yang Pasaraya Giant Berjaya Buat!
IKEA Sebagai Peneraju Brand Perabot di Malaysia
IKEA sebagai peneraju jenama perabot di Malaysia berjaya memposisikan dirinya dengan menawarkan produk IKEA yang berkualiti tinggi, pelbagai pilihan reka bentuk IKEA yang menarik, serta pengalaman membeli-belah di IKEA yang unik dan menyenangkan. Kombinasi ini menjadikan IKEA pilihan utama bagi mereka yang mencari perabot moden dan praktikal.
“A brand is not a product or a promise or a feeling. It’s the sum of all the experiences you have with a company.” – Amir Kassaei
Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)
Strategi branding IKEA yang berjaya di Malaysia adalah hasil daripada kombinasi produk berkualiti, reka bentuk yang inovatif, dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
Jenama tempatan boleh mengambil inspirasi daripada pendekatan IKEA dalam membina jenama yang konsisten dan dipercayai. Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, branding yang kukuh adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang.
Dengan memahami dan mengaplikasikan strategi branding IKEA, jenama tempatan boleh meningkatkan daya saing mereka dan mencapai kejayaan yang lebih besar di pasaran Malaysia.