Tentang Saya

Bagaimana Hadi Pahmi bermula

Hadi Pahmi ialah seorang bapa kepada tiga anak lelaki yang comel dan suami kepada seorang isteri yang penyayang. Minat mendalamnya terhadap filem, terutamanya filem arthouse yang lebih berat artnya berbanding nilai komersial, bermula ketika beliau berada di Moscow 17 tahun yang lalu (semasa melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa).

Dari minat itu, timbul rasa ingin tahu tentang penghasilan filem yang mendorongnya untuk menghasilkan filem pendek sendiri semasa masih di universiti di Moscow Aviation Institute.

hadi pahmi
hadi pahmi

Dengan minat yang mendalam terhadap filem, beliau tidak pernah menggunakan ijazahnya untuk membina kerjaya dalam bidang Kejuruteraan. Setelah kembali ke Malaysia pada tahun 2012, beliau berpegang teguh kepada impiannya untuk menjadi pengarah & penerbit filem. 

Memasuki ke alam pekerjaan dan perniagaan, beliau mula belajar dan mendalami content marketing melalui media sosial dan YouTube, copywriting dan juga paid ads melalui video.

Tetapi kerja terlalu art tidak semestinya memberikan impak yang diinginkan dalam dunia marketing. Beliau mula menyedari bahawa dunia marketing & komersial adalah sangat berbeza daripada genre filem arthouse yang beliau kenal dan impikan untuk hasilkan sebelum ini.

Dengan pengalaman yang dikumpul sepanjang 12 tahun lepas, beliau mula mengimbangi antara pendekatan yang jelas dan tepat dalam marketing dengan gaya penceritaan yang berseni dalam filem arthouse dalam kerjaya dan bisnesnya.

Apa yang beliau faham ialah, wujud keperluan untuk buat kempen marketing yang convert dan pada masa yang sama branding sebuah bisnes juga perlu cantik dan tidak boleh diabaikan sama sekali. 

Malangnya, dunia kerjaya dan bisnes adalah dua dunia yang berbeza dengan disiplin hidup yang berbeza.

Sudah semestinya sukar, dan kesukaran itu membuatkan beliau sedar bahawa jika sekiranya apa yang beliau buat sama seperti orang lain, sukar untuk menjadi outstanding.

Brand Strategy Session

Setelah melalui jalan buntu dalam membina bisnes dan mengejar kerjaya, Hadi Pahmi menemui satu sisi yang beliau tidak fokuskan sebelum ini iaitu penekanan terhadap branding yang berstrategi.Beliau mula belajar daripada buku-buku dan framework brand strategy dari brand strategist yang pernah membantu brand seperti Apple, HP, Adobe dan Google iaitu Marty Neumeier.

Mengenali Marty Neumeier juga membuka pintu kepada brand strategist tersohor dunia yang lain dengan framework-framework mereka. Hadi Pahmi mula faham bahawa branding bukan cantik semata. Marketing serta membina culture bisnes juga perlukan branding yang teliti.

Hadi Pahmi kini membantu bisnes dan organisasi untuk lebih memahami apa itu brand sebenar-benarnya dan melaksanakan brand strategy pada tahap yang lebih tinggi melalui branding workshop, menjadi speaker anjuran korporat serta GLC, dan juga memberikan khidmat konsultasi dan servis branding.

Kini, Hadi Pahmi giat menulis artikel di blog ini untuk memberi pendedahan secara holistik akan spektrum dunia branding yang sebenar kepada solopreneur, usahawan dan organisasi di Malaysia. 

Anda juga boleh dapatkan Branding Checklist secara percuma yang direka khas oleh tim Butterflyhippo sebagai panduan asas fasa rebranding jenama bisnes anda. 

Tentang     Servis     Portfolio     FAQ     Blog

Hadi Pahmi is a brand wholly owned by Butterfly Hippo Brand Agency CA0332992-X