strategi branding pasaraya giant

7 Strategi Branding Yang Pasaraya Giant Berjaya Buat!

Lebih kurang 10 tahun lalu, seorang rakan kerja saya yang juga seorang pereka grafik meluahkan hasrat untuk mengusulkan cadangan kepada Giant Malaysia untuk melakukan strategi branding pasaraya Giant.

Alasannya? logo Giant sudah terlalu klasik, dan font yang digunakan pula tidak lagi sesuai dengan era kini yang menuntut logo lebih ringkas dan kemas. Pendek kata, logo Giant ketika itu memang buruk.

strategi branding pasaraya giant
Kredit: Kosmo

Saya tidak pasti sama ada beliau serius dan benar-benar menghubungi Giant. Tetapi yang pasti, hampir 10 tahun kemudian, Giant akhirnya menjalani rebranding!

Usaha rebranding ini adalah langkah yang sepatutnya dilakukan lebih awal, memandangkan Giant telah bertapak di Malaysia sejak 1944 di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

sejarah pasaraya giant

Dengan bahagian pasaran yang semakin mengecil dan penutupan beberapa cawangan utama sebelum ini, jelas bahawa Giant perlu mengambil langkah besar untuk kembali dominan di Malaysia.

“Untuk rekod, GCH Retail (M) Sdn Bhd telah menutup 19 cawangan pasaraya termasuk pasaraya Giant dari 147 cawangan yang direkodkan pada tahun 2014.” – The Edge

Apa sebenarnya yang diubah selain logo?

Untuk pengetahuan anda, ada 5 strategi branding yang pasaraya Giant telah lakukan dalam usaha untuk kembali menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam konteks barang runcit.

Dari persaingan yang sengit hingga perubahan keperluan pelanggan, pasaraya perlu menerapkan strategi branding yang berkesan untuk kekal relevan dan menarik.

Dalam industri peruncitan, membina jenama yang kukuh bukan sahaja penting untuk menarik pelanggan tetapi juga untuk memastikan mereka terus memilih dan kembali berbelanja.

Baca : 9 Kepentingan Jenama Dalam Perniagaan (Edisi 2025)

“The best branding strategy is one that not only defines what you are but also what you are not.” — Marty Neumeier

1. Brand Revamp: Moden & Segar

Salah satu langkah utama yang diambil oleh Pasaraya Giant adalah melakukan brand revamp untuk memastikan imej mereka tetap moden dan segar.

Penjenamaan semula ini melibatkan perubahan pada logo, warna, dan tipografi untuk mencerminkan identiti yang lebih kontemporari dan menarik bagi pelanggan masa kini.

logo giant baru
Kredit : Reddit

Impak : Dengan rebranding yang tepat, Giant berjaya meningkatkan brand visibility dan memperbaharui persepsi pelanggan terhadap brand Giant. 

2. Brand Promise: Produk Lebih Segar

Pasaraya Giant telah memperkukuhkan brand promise mereka dengan menawarkan produk yang lebih segar dan berkualiti.

strategi branding pasaraya giant

Komitmen ini jelas dalam setiap aspek operasi mereka, dari pengurusan rantaian bekalan hingga penyampaian produk di rak. Pelanggan kini lebih yakin bahawa mereka akan mendapatkan produk berkualiti tinggi setiap kali mereka berkunjung ke Giant.

Impak : Brand promise ini membantu membina kepercayaan pelanggan & membezakan Giant daripada pesaing dalam industri hypermarket.

3. Audiens Baru: Zon RM3

Giant telah berjaya mengembangkan audiens baru dengan memperkenalkan inisiatif Zon RM3. Ini adalah usaha untuk menarik pelanggan dengan menawarkan pelbagai produk pada harga yang berpatutan.

Zon RM3 membantu Giant dalam menarik perhatian pelanggan yang mencari nilai terbaik untuk wang mereka tanpa mengorbankan kualiti.

zon rm3 giant
Kredit : Sunshine Kelly

Impak : Inisiatif ini meningkatkan brand loyalty dan signal yang Giant memahami dan memenuhi keperluan pelanggannya.

4. Partnership: Guardian Dalam Giant

Salah satu strategi branding yang berjaya dilaksanakan oleh Giant adalah melalui partnership dengan Guardian. Kerjasama ini membolehkan Giant menawarkan produk kesihatan dan kecantikan di dalam pasaraya mereka, menambah nilai kepada pengalaman membeli-belah pelanggan.

guardian giant
Kredit : Berjaya

Impak : Kerjasama ini memperkukuhkan brand positioning Giant sebagai destinasi membeli-belah serba lengkap pelbagai produk di satu tempat dan memudahkan pelanggan.

5. Kepelbagaian Produk: Produk Antarabangsa

Giant juga telah memfokuskan pada kepelbagaian produk dengan menambah produk antarabangsa ke dalam rangkaian mereka.

produk antarabangsa giant

Penambahan produk antarabangsa ini tidak hanya menarik pelanggan yang mencari barang-barang eksklusif tetapi juga memperkukuhkan kedudukan Giant dalam pasaran hypermarket Malaysia.

Impak : Pelanggan dapat akses kepada produk antarabangsa berkualiti tinggi dan meningkatkan brand equity Giant sebagai pasaraya yang menyediakan produk berkualiti tinggi.

6. Lajukan Proses Bayaran

Dalam usaha untuk meningkatkan customer experience, Giant telah melajukan proses bayaran dengan memperkenalkan teknologi pembayaran terkini.

strategi branding pasaraya giant
Kredit : Flickr

Penggunaan sistem pembayaran tanpa sentuh dan kiosk automatik membantu mempercepatkan transaksi dan mengurangkan masa menunggu, memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih efisien kepada pelanggan.

Impak : Sistem ini turut menyumbang kepada brand satisfaction, memastikan pelanggan merasa puas dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

7. Giant Mini: Dekat Lagi Murah

Giant telah melancarkan Giant Mini, sebuah format pasaraya yang lebih kecil tetapi dengan harga yang lebih berpatutan.

giant mini
Kredit : Vulcan Post

Giant Mini memudahkan pelanggan untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian tanpa perlu pergi jauh ke bandar besar yang mungkin perjalanan pergi dan balik memakan masa 30 minit – 45 minit.

Pendekatan ini juga membolehkan Giant untuk memperluas kehadiran mereka di kawasan baru dengan kos yang lebih rendah, sambil mengekalkan harga yang kompetitif.

Impak : Konsep ini menjadikan Giant lebih dekat dengan pelanggan di kawasan pinggir bandar yang tidak mempunyai akses kepada hypermarket besar.

“Branding is the art of becoming knowable, likable and trustable.” — John Jantsch

Baca : Branding 101 (Panduan Lengkap Untuk Bisnes)

Strategi branding pasaraya Giant menunjukkan bahawa branding bukan sahaja tentang membuat logo yang menarik atau kempen pemasaran yang berkesan.

pasaraya giant
Kredit : Metro

Baca : Strategi Branding IKEA Yang Berjaya di Malaysia (Ulasan)

Ia adalah tentang memahami audiens anda dan brand promise yang tepat dengan cara yang berinovatif dan konsisten. Dengan mengaplikasikan strategi seperti brand revamp, brand promise, dan kepelbagaian produk, anda boleh mempelajari banyak daripada kisah kejayaan Giant.

Ini adalah contoh yang jelas bagaimana strategi branding pasaraya Giant berjaya membezakan jenama hypermarket lain di pasaran Malaysia.

Sebagai peniaga atau pemilik perniagaan, jadikan inspirasi daripada strategi branding pasaraya Giant ini sebagai panduan untuk branding anda sendiri.

Artikel Menarik